Senin, 23 Maret 2009

crontab

Apa itu Cron?
Cron atau 'cron daemon' ialah tugas yang dilakukan oleh komputer secara automatik. Kemudahan cron boleh didapati dalam sistem operasi Unix dan Linux bagi melakukan sesuatu tugas pada waktu tertentu tanpa melibatkan pengguna. Cron tab atau 'Cron Table' pula ialah fail teks yang mengandungi beberapa fungsi cron.

Cron amat berguna jika anda ingin menghantar email kepada pelanggan anda pada waktu tertentu, membuang ahli, mengurus mailing list, memproses skrip, memeriksa pautan yang terdapat di dalam link exchange dan sebagainya.

Untuk menyunting fail crontab, gunakan arahan ini:

crontab -e

Arahan Perintah
$ crontab -e


Untuk membuang fail crontab, anda hanya perlu menggunakan arahan:

crontab -r

Arahan Perintah
$ crontab -r


Secara asasnya, format cron adalah seperti berikut:

Minit Jam Haribulan Bulan Hariminggu arahan

Minit: 0-59
Jam: 0-23
Haribulan: 1-31
Bulan: 1-12
Hariminggu: 0-6

Untuk menerangkan cara penggunaan, saya lebih gemar menunjukkan anda contoh-contoh di bawah berikut, di mana saya akan memproses skrip send.cgi. Skrip ini akan menghantar email kepada ahli-ahli saya:

Proses setiap minit

* * * * * arahan

Lihat contoh di bawah ini, skrip send.cgi akan diproses setiap minit:

KOD
* * * * * /home/username/www/cgi-bin/members.cgi


Proses setiap 10 minit

0,10,20,30,40,50 * * * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 10 minit:

KOD
0,10,20,30,40,50 * * * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses setiap 1 jam

0 * * * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 1 jam:

KOD
0 * * * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 7:30 a.m

30 7 * * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 7:30 a.m:

KOD
30 7 * * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 12:30 tengah malam

30 0 * * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 12:30 tengah malam:

KOD
30 0 * * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 4:15 p.m

15 16 * * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 4:15 p.m:

KOD
15 16 * * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 4:30 p.m (hari pertama setiap bulan)

30 16 1 * * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 4:30 p.m (hari pertama setiap bulan):

KOD
30 16 1 * * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 3:30 p.m setiap Isnin

30 15 * * mon arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 3:30 p.m setiap Isnin:

KOD
30 15 * * mon /home/username/www/cgi-bin/send.cgi


Proses pada pukul 7:30 a.m setiap 25hb Desember

30 7 25 12 * arahan

Skrip send.cgi akan diproses setiap 7:30 a.m setiap 25hb Desember:

KOD
30 7 25 12 * /home/username/www/cgi-bin/send.cgi

sumber : http://www.ilmuit.com/tutorial/248

Tidak ada komentar:

Posting Komentar